Tuesday, 6 December 2016

Movie Maker

Untuk menghasilkan video yang lebih menarik untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ,kita perlu menggunakan perisian khas untuk membuat suntingan agar video yang dihasilkan lebih menarik.Perisian yang digunakan adalah Window Movie Maker tetapi perisian ini mempunyai limitasi untuk menghasilkan video berbanding menggunakan perisian profesional.Tetapi dengan menggunakan perisian ini,kita boleh menghasilkan video yang lebih baik berbanding jika kita hanya muat turun dari Youtube.

Disini adalah contoh pembelajaran yang menggunakan Movie Maker:-

Link:https://drive.google.com/drive/folders/0B3OD15OEMNhHWnhsMkVjQzlWQU0?usp=sharing


GIMP

Perisian GIMP atau dikenali sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License(GPL).Perisian ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai sistem operasi seperti Ubuntu,Window,Linux,Apple,Fedora,dan Open source.Oleh itu,pengguna boleh memilih untuk sama ada untuk menggunakan perisian percuma atau perisian pemprosesan imej berbayar yang lain.

Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian peprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubah suai foto,memanipulasi imej,dan membentuk imej.Hasil terakhir tugasan boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail seperti bmp,gif,jpeg,png,pdf,xpm dan lain-lain lagi.

Contoh GIMP untuk Hari Kemerdekaan:-

Link:https://drive.google.com/drive/folders/0B3OD15OEMNhHNzhwR0Z5Nm00Wmc?usp=sharing

Audacity

 Penyuntingan Audio Menggunakan Audacity


Perisian Audacity merupakan editor audio digital yang percuma dan digunakan untuk mengedit atau mengolah suara dengan mudah.Antara manfaat perisian ini ialah

1.Membuat buku dalam bentuk CD atau bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.Merakam suara ,muzik ,dari CD,DVD atau Radio.

3.Merakam podcasts.

4.Membuat ringtone.

5.Mengedit lagu atau suara.


Audacity ialah satu pakej perisisan yang digunakan di PC bagi tujuan podcasting.Perisian ini menyediakan banyak ciri yang baik dan boleh dipasang (install) secara percuma.

Berikut adalah contoh fail Audacity dalam bentuk wav/mp3:-

Link:https://drive.google.com/drive/folders/0B3OD15OEMNhHUUZnSkdXb3otUk0?usp=sharing

Monday, 31 October 2016

Contoh Powerpoint untuk Hari Kantin Sekolah

Microsoft PowerPoint adalah perisian persembahan yang disediakan dalam pakej Microsoft Office.Perisian ini meneydiakan ruang untuk pembinaan persembahan elektronik yang terdiri daripada beberapa slaid. 
             Persembahan elektronik biasanya digunakan untuk tujuan pembentangan seperti pembentangan seminar,pembentangan di kuliah oleh pensyarah ,pembentangan tugasan oleh pelajar dan berbagai-bagai jenis pembentangan.Berikut merupakan contoh Microsoft PowerPoint Hari Kantin Sekolah.  ðŸ‘‡     

Contoh Sijil Penyertaan


Contoh Sijil Penghargaan